Sunday, 16 December 2012

Aku sedang menanti dia........



Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,
kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,
Kerana,Dia pilihan ku..Amin....

Friday, 2 November 2012

al- quran : rahmat / laknat????



Bismillahirrahmannirrahim…..

Hari ni 1 November 2012.alhamdulillah,selesai urusan ptptnku tanpa ada masalah.sekarang goyang kaki tunggu duit masuk…hehe.beberapa hari lepas bantuan wang ehsanku diterima.tp aku belum ambik lg ceknya di kampong.insyaallah 2 minggu lg aku akan pulang ke kampong.takut jugak bila dapt merasa pegang duit banyak ni,bukannya apa kang abih tang 2 jugak..huhu.
Perkongsianku disini tentang al-quran: rahmat atau laknat yang mana tajuk ini telah dikupas petang tadi dalam program ‘tanyalah asatizah’ oleh ustaz Abdullah Bukhari,pensyarah iium.
Bagi orang yang menerima al –quran baginya adalah rahmat dan bagi yang menolaknya adalah laknat. orang  yang dirahmati quran akan memiliki jiwa yang hidup .(6:36)
Orang yang dilaknat oleh Allah subhanahuwataala akan menolak dan mempersendakan ajaran al-quran.mereka juga akan mencaci ayat2 Allah yang iwahyukan kpd nabi Muhammad s.a.w.mereka juga akan mentakwil dan mentafsir ayat quran sesuka hati mereka mengikut hawa nafsu semata-mata.na’uzubillah dari dilaknat oleh Allah dan moga kita semua beroleh rahmat al quran.
Semua muslimin dan muslimat pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini kan?em,bagaimana nak dapatkan rahmat ini? Hah, Antara panduan yang menjadikan al-qurqn sebagai rahmat adalah:-
1)      Berbangga dengan al-quran (10: 58)
2)      Baca dan tadabbur al-quran setiap hari(47: 24)
3)      Belajar bahasa arab
4)      Fahami keseimbangan antara ilmu-ilmu quran
- tajwid sebagai pintu masuk
-tafsir sebagai penggali khazanah dan penghayatan
- tahfiz sebagai pengukuh penghayatan
5)      fahami siyaq / konteks sebenar ayat
6)      quran sebagai penawar bagi hati(kefahaman)
7)      mencari hidayah dalam setiap ayat quran
8)      tidak gopoh berinteraksi dengan al-quran


ayat cinta dr Allah



so,dimana kita?gerbang rahmat or jurang laknat?saya menyeru  diri saya sendiri dan sahabat2, marilah kita sama- sama menjadikan al-quran sebagai peneman hidup kita.bermulalah sekarang kerna Allah sedang memberi hidayah padamu.

Sunday, 30 September 2012

weekend in mousqe

Bismillahirrahmannirrahim...

Petang 30 september 2012, hampir sebulan aku berada di iium gombak..petang td, ketika sedang berdiskusi bersama sahabatku di masjid, ada seorang ukhti ni datang kat aku..dan permulaan perbualan kami bermula dengan dia tanya nama aku dan aku jawab la ****.then dia tanya lg dlm bahasa arab, ma maksuduhu?dan aku ckap aku xtau. aku pernah tanya ustaz aku masa kat cfs dan ustaz aku cakap tiada maksud dan perkataan itu adalah isim atau kata nama khas.then, akak 2 tanya lg nama penuh awak? aku cakap la wan********..akak tu tanya aku, napa x panggil nor?kan ada maksud..kalau orang lain [panggil pun itu dikira doa..akak 2 suggest kat aku suh tukar nama...em,SOLEHAH???? .aku hanya tersenyum...(-,-)

akak 2 tanya lg kos apa?knapa x cakap arab?(-,-)...mana la kau tau akak 2 nak ckap arab dgn aku..huhu..sempat lg akak 2 beri nasihat kpdku suh kutip dan carilah peluang berkawan dgn orang arab...Allah akan tolong kita selagi mana kita berpegang teguh pdNya...insyaallah.terima kasih kak...

dalam proses pembelajaran ni, banyak yg perlu dicungkilkan..sekarang aku sebagai mahasiswa perlu ada pemikiran yang kreative dan kreatis, multiskill,be a leadership dan responsible person, give all my kinds to all creature..so your life will be wonderfull....bittaufiq wannajah...

Tuesday, 18 September 2012

aina antunna?????

Bismillahirrahmannirrahim....

Ku mulakan langkah penaku,
menari disetiap tekanan keyboard,
meluahkan isi hati ku yg xmungkin ku ceritakan face2 face,
kerana aku tidak tahu dimana kamu,
disaat ku memerlukan,
disaat ku kesorangan,
perlukan teman disisi,
tiada siapa menemani.....

Dulu,
dataran nilai menjadi saksi pertemuan kita,
aku mengenalimu dan kamu mengenaliku,
kita bertaaruf mengenal saudara seislam,
mengikat janji sahabat selamanya,
sahabat till Jannah,
sahabat susah senang,
kau kata kita adik beradik.....

Kini,
aina antunna??????
aku mencari kalian ,
sunyi tanpa khabar berita,
bertemu hanya senyuman menyapa,
e2 pun jika disapa....

kini...
 hp ku sunyi dari kata2 inzar darimu,
engkau bersama 'adik beradik'mu,
dan aku bersama duniaku,
aku hanyut dibawa arus,
namun tiada siapa menyelamatkan diriku,
aku tenggelam seorg diri...

baru ku tahu inilah dasar persahabatan yang kita bina,
aku mengerti,
sekarang aku tidak lagi menjadi 'adik beradik'mu,
kerana kamu sudah punya keluarga baru,
untuk meneruskan misimu,
di dunia yang baru...

ku doakan antunna thabat dalam perjuangan,
jgn berniat tok jd seperti diriku,
tiada fungsi tiada nilai,
kini hanya dipandang sepi.......

wassalam....

~saja2 dimalam hari~




Thursday, 12 July 2012

KAU HADIR....

Hati tiba2 teringatkan si kecil yang pernah hadir dalam hidupku walaupun sekejap cuma.Di kala keluargaku menantikan kehadiran kanak2 dalam hidup kami, hadir nya bagaikan sinar mentari yang datang bersamanya keceriaan dan kegembiraan.Walaupun kedua2 abangku telah berkahwin, namun rezeki yang Allah aturkan dan perancangan Allah itu memang hebat, ada hikmah disebalik semua ketantuan yang diberikan.

Budak kecil ini dinamakan AFIQ AR-RAYYAN.Dia merupakan anak saudara kepada kakak iparku.Ibubapanya telah berpisah dan sejak lahir lagi afiq dijaga oleh kakak iparku.so,agak rapat la dengan keluargaku.

Kegembiraan dan kecerian juga kelihatan pada wajah ma dan we apabila melihat celoteh si anak kecil ini.wlaupun kecerian dan kegembiraan ini sekejap cuma,namun kami bersyukur padaMu YA ALLAH diberi kesempatan untuk merasai nikmat ini.

xsabar asenya pulak nak ada anak sendiri.(ceh,padahal belom kawen)...walaupun kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam mendidik anak2 namun aku bimbang aku xmampu tanggung dari tanggungjawab ini walaupun aku tetap akan menghadpinya ...insyaallah.

bukan mudah untuk mendidik jundullah sehebat imam Ghazali yang berpengatahuan luas,Hassan al banna yang berani menentang kezaliman kerana aku bukanlah siti hajar yang cekal mengharungi kehidupan untuk membesarkan nabi ismail a.s.

ketika saat ini sudah setengah tahun aku tidak ketemui anak kecil ini..entah mengapa dia bagaikan malaikat kecil yang hadir dalam hidupku.aku rasa rapat sekali dgnnya sehinggakan terbawa dalam mimpi..walaupun ada yang melarang aku dari mengingatinya.dia hanyalah budak kecil yang tak bersalah dan tak tahu apa2.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَ‌بَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِ‌جَالًا كَثِيرً‌ا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْ‌حَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَ‌قِيبًا ﴿١

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (1)

ku harap agar walau dimana kamu berada, jadilah anak yang menghormati orang tua dan Allah merahmatimu selalu...cayank apik.

si comel yang cek ja cayang..
active boy
jangan nakal2


 “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al Fushshilat: 33)


Diriku ini tersangat tidak sempurna,
Rasanya baru tersekian diriku terasa,
Kerana tingkah hambamu disana,
Seorang daie kah aku?
Mencari pahala mentarbiyah manusia.
Begitu mudah hati ni merasa,
Tersentuh tatkala kemahuan diri tidak dituruti sama,
Bukankah menjadi seorang da'ie itu perlu bermujahadah,
Itsar sebagai senjata utama kekuatan ukhuwah.
Namun diriku bukan begitu,
Masih ada karat jahiliyah yang bersisa dalam jiwa,
Belum! Belum cukup hebat diriku,
Hati ku belum mampu ku sucikan seperti sesucinya hati kekasihMu.
Sukar sekali menerima ketentuanNya terhadapku,
Mungkin belum cukup tarbiyah pada diri,
Sehingga perasaan cinta dunia masih menebal dalam diri,
Di manakah silapnya pentarbiyahanku?

Memang aku bukan rijal hebat atau lelaki luar biasa,
Memacu kuda dimedan dakwahNya,
Apalagi untuk digelarkan mujahid,
Yang amat jauh untuk aku mengapainya!
Akan dengan secebis ilmu,
Ku ingin berkongsi akan indahnya keagunganMu.
Mengenang murabbi kita mendidik kita,
Dengan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka,
Aku bangga, biar syukur sahaja datang bertamu,
Dan kekuatan muncul untuk meneruskan pentarbiyahanku,
Disisi Allah aku pasrah akan segalanya,
Dan syurga itu adalah ganjaran RahmatNya buat pejuangNya.

Aku Cuma An-Nisaa Akhir Zaman



Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah,
Sehingga dirinya digelar afifah solehah,
Dialah wanita pertama,
Tiada ragu mengucap syahadah,
Pengorbanan bersama Rasulullah,
Susah senang bersama,
Walau hilang harta kerana berdakwah,
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan,
Imannya sedikit pun tak berubah,
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah,
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah,
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya,
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda,
Anak yang semulia peribadi baginda,
Tangannya lah yang membersihkan luka,
Tangannya jua yang membersihkan cela,
Pada jasad Rasulullah tercinta,
Gagahnya dirinya pada dugaan,,
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa,
Saat disakiti maki pula mengganti,
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah,
Tukang sisir yang beriman,
dan Keluarga Yasir yang bertakwa,
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia,
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan,
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..,
Entah mana hilangnya Iman di dada.

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah,
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih,
Kerana yakin Allah pasti disisi,
Sabarkan aku seperti sumaiyah,
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim,
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman,
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah,
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami,
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud,
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah.

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya,
Tingginya nilai cinta pada harga Iman,
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan,
Ketulusan Iman diketepikan,
Ya Allah..,
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira,
Isteri termuda Rasulullah,
Biar dilempar fitnah,
Dia tetap teguh pada ketetapanNya,
Isteri sejati yang memangku Nabi,
Pada saat terakhir baginda,
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan,
Betapa hatimu seorang mujahidah.

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda,
Diri mula goyah dan putus asa,
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa,
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH,
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid,
Anak keduanya turut syahid,
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid,
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta,
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad.

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab,
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah,
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah,
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah,
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah,
Mahupun sehebat Ummu Sulaim,
Dan tidak seteguh Aisya Humaira,
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman,
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah,
Dimana syahadah hanya pada nama,
Dimana Dunia yang terus dipuja,
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama,
Dimana batas sentiasa dileraikan,
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan.

Wahai Kaum Hawa,
Kita cuma An-Nisaa,
Para pendosa yang terbanyak di neraka,
Lantas walau tak setabah para Mujahidah,
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah,
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah,
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara,
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah,
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa,
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam,
Bukan untuk ditindas kerana lemah,
Tapi untuk dilindungi kerana Indah,
dan Indah apabila tertutup terpelihara,
Kerana disitulah terjaganya Syahadah,
Bak mekarnya wanita dalam sirah,
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku.