Showing posts with label lukisan hati. Show all posts
Showing posts with label lukisan hati. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

aina antunna?????

Bismillahirrahmannirrahim....

Ku mulakan langkah penaku,
menari disetiap tekanan keyboard,
meluahkan isi hati ku yg xmungkin ku ceritakan face2 face,
kerana aku tidak tahu dimana kamu,
disaat ku memerlukan,
disaat ku kesorangan,
perlukan teman disisi,
tiada siapa menemani.....

Dulu,
dataran nilai menjadi saksi pertemuan kita,
aku mengenalimu dan kamu mengenaliku,
kita bertaaruf mengenal saudara seislam,
mengikat janji sahabat selamanya,
sahabat till Jannah,
sahabat susah senang,
kau kata kita adik beradik.....

Kini,
aina antunna??????
aku mencari kalian ,
sunyi tanpa khabar berita,
bertemu hanya senyuman menyapa,
e2 pun jika disapa....

kini...
 hp ku sunyi dari kata2 inzar darimu,
engkau bersama 'adik beradik'mu,
dan aku bersama duniaku,
aku hanyut dibawa arus,
namun tiada siapa menyelamatkan diriku,
aku tenggelam seorg diri...

baru ku tahu inilah dasar persahabatan yang kita bina,
aku mengerti,
sekarang aku tidak lagi menjadi 'adik beradik'mu,
kerana kamu sudah punya keluarga baru,
untuk meneruskan misimu,
di dunia yang baru...

ku doakan antunna thabat dalam perjuangan,
jgn berniat tok jd seperti diriku,
tiada fungsi tiada nilai,
kini hanya dipandang sepi.......

wassalam....

~saja2 dimalam hari~




Thursday, 12 July 2012

KAU HADIR....

Hati tiba2 teringatkan si kecil yang pernah hadir dalam hidupku walaupun sekejap cuma.Di kala keluargaku menantikan kehadiran kanak2 dalam hidup kami, hadir nya bagaikan sinar mentari yang datang bersamanya keceriaan dan kegembiraan.Walaupun kedua2 abangku telah berkahwin, namun rezeki yang Allah aturkan dan perancangan Allah itu memang hebat, ada hikmah disebalik semua ketantuan yang diberikan.

Budak kecil ini dinamakan AFIQ AR-RAYYAN.Dia merupakan anak saudara kepada kakak iparku.Ibubapanya telah berpisah dan sejak lahir lagi afiq dijaga oleh kakak iparku.so,agak rapat la dengan keluargaku.

Kegembiraan dan kecerian juga kelihatan pada wajah ma dan we apabila melihat celoteh si anak kecil ini.wlaupun kecerian dan kegembiraan ini sekejap cuma,namun kami bersyukur padaMu YA ALLAH diberi kesempatan untuk merasai nikmat ini.

xsabar asenya pulak nak ada anak sendiri.(ceh,padahal belom kawen)...walaupun kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam mendidik anak2 namun aku bimbang aku xmampu tanggung dari tanggungjawab ini walaupun aku tetap akan menghadpinya ...insyaallah.

bukan mudah untuk mendidik jundullah sehebat imam Ghazali yang berpengatahuan luas,Hassan al banna yang berani menentang kezaliman kerana aku bukanlah siti hajar yang cekal mengharungi kehidupan untuk membesarkan nabi ismail a.s.

ketika saat ini sudah setengah tahun aku tidak ketemui anak kecil ini..entah mengapa dia bagaikan malaikat kecil yang hadir dalam hidupku.aku rasa rapat sekali dgnnya sehinggakan terbawa dalam mimpi..walaupun ada yang melarang aku dari mengingatinya.dia hanyalah budak kecil yang tak bersalah dan tak tahu apa2.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَ‌بَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِ‌جَالًا كَثِيرً‌ا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْ‌حَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَ‌قِيبًا ﴿١

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (1)

ku harap agar walau dimana kamu berada, jadilah anak yang menghormati orang tua dan Allah merahmatimu selalu...cayank apik.

si comel yang cek ja cayang..
active boy
jangan nakal2

Sunday, 8 July 2012

cinta yang satu

Di suatu petang yang hening, di sebalik tingkap yang terbuka luas, aku mendongak ke langit. Melihatkan awan yang pada mulanya ingin turun menyembah bumi namun tidak ada rezeki bagi makhluk yang bernyawa. Kedengaran suara2 jaguh sepak takraw sedang berteriakan melepaskan tekanan masing2. Angin kipas pula menderu2 menemaniku di dalam bilik sekecil ini..Meskipun banyak makhluk yang menemani ku tatkala ini, namun aku masih rasakan kesunyian itu dalam jiwaku yang kosong ini.

Dalam pada itu, aku kembali duduk termenung bermuhasabah kepada diri sendiri yang semakin lalai dengan kehidupan duniawi ini.Soalan sebegini berlegar2 di mindaku saat ini. Berapa kali kah aku mengingati Penciptaku, Pemberi Rahmat dan Nikmat kepadaku dalam sehari,dalam sejam,dalam seminit,meskipun dalam sesaat.dan berapa kali dalam sehari,sejam,seminit mahupun sesaat aku melakukan maksiat kepada Allah s.w.t??????

Lantas ku isi jiwaku dengan istigfar dan mentadabbur sepotong ayat suci al-quran dari surah Ar-Rahman 


يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ ﴿٢٩ فَبِأَيِّ آلَاءِ رَ‌بِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

  Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (30)
Dan ayat2 cita ini telah menghilang kan aku dari keluh kesah dan kesunyian ini.kerana ku yakin dan percaya Allah sentiasa bersamaku dan melihat segala urusan ku..


Saturday, 30 June 2012

Ya Allah Bahagiakanlah kami

Ku doakan agar kalian semua bahagia dalam maghfirah Nya. ku pinta hanya lah kasih sayang dan sokongan buat menemani diriku sebelum kalian semua masing-masing membina mahligai impian..

 kami berlima!!!yang selalu gila2...





p/s: pesanan untuk diriku jua: ingat lah dimana kita berdiri..JANGAN SOMBONGKAN DIRI. susah senang ku disisi....

Friday, 29 June 2012

Wajahmu itu menggambarkan lukisan hati mu.Tiada siapa tahu kala ini diri mu di hujani gerimis ataupun di simbahi mentari..Ketenangan yang terzahir di wajahmu itu jelas mencerminkan hati mu dalam kedukaan..

Sabarlah sayang, keperitan yang engkau rasai hari ini dibalasi kecerian yang tidak dijangka...
di kala angin menderu mengingatkan firman Allah s.w.t: " boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia adalah kebaikan buatmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padalah ia adalah keburukan bagimu.."