Thursday 12 July 2012

KAU HADIR....

Hati tiba2 teringatkan si kecil yang pernah hadir dalam hidupku walaupun sekejap cuma.Di kala keluargaku menantikan kehadiran kanak2 dalam hidup kami, hadir nya bagaikan sinar mentari yang datang bersamanya keceriaan dan kegembiraan.Walaupun kedua2 abangku telah berkahwin, namun rezeki yang Allah aturkan dan perancangan Allah itu memang hebat, ada hikmah disebalik semua ketantuan yang diberikan.

Budak kecil ini dinamakan AFIQ AR-RAYYAN.Dia merupakan anak saudara kepada kakak iparku.Ibubapanya telah berpisah dan sejak lahir lagi afiq dijaga oleh kakak iparku.so,agak rapat la dengan keluargaku.

Kegembiraan dan kecerian juga kelihatan pada wajah ma dan we apabila melihat celoteh si anak kecil ini.wlaupun kecerian dan kegembiraan ini sekejap cuma,namun kami bersyukur padaMu YA ALLAH diberi kesempatan untuk merasai nikmat ini.

xsabar asenya pulak nak ada anak sendiri.(ceh,padahal belom kawen)...walaupun kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam mendidik anak2 namun aku bimbang aku xmampu tanggung dari tanggungjawab ini walaupun aku tetap akan menghadpinya ...insyaallah.

bukan mudah untuk mendidik jundullah sehebat imam Ghazali yang berpengatahuan luas,Hassan al banna yang berani menentang kezaliman kerana aku bukanlah siti hajar yang cekal mengharungi kehidupan untuk membesarkan nabi ismail a.s.

ketika saat ini sudah setengah tahun aku tidak ketemui anak kecil ini..entah mengapa dia bagaikan malaikat kecil yang hadir dalam hidupku.aku rasa rapat sekali dgnnya sehinggakan terbawa dalam mimpi..walaupun ada yang melarang aku dari mengingatinya.dia hanyalah budak kecil yang tak bersalah dan tak tahu apa2.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَ‌بَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِ‌جَالًا كَثِيرً‌ا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْ‌حَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَ‌قِيبًا ﴿١

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (1)

ku harap agar walau dimana kamu berada, jadilah anak yang menghormati orang tua dan Allah merahmatimu selalu...cayank apik.

si comel yang cek ja cayang..
active boy
jangan nakal2

No comments:

Post a Comment